Setakat ini keputusan kekal, hanya pelajar bergejala perlu ujian swab test – Menteri

Kepada

Kerajaan setakat ini berpegang dengan keputusannya bahawa ujian sapuan Covid-19 hanya diwajibkan untuk pelajar yang menunjukkan gejala virus, sebelum mereka dibenarkan kembali ke asrama mereka atau menduduki peperiksaan.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka akan meminta nasihat daripada Kementerian Kesihatan jika ada keperluan untuk mengubah SOP tersebut.

“Setakat ini kekal keputusan pelajar bergejala perlu ujian swab test sebelum pulang ke asrama atau ambil peperiksaan.

“Kalau wajibkan, kos juga akan terlibat. Adakah ibu bapa akan tanggung kos tersebut?

“Itu persoalan-persoalan kita bincangkan dan kita tak nak bebankan ibu bapa

dan pandangan kkm mungkin tak perlu swab semua pelajar, mungkin tumpu kepada yang bergejala itu kemungkinan ada jangkitan virus.

“Tapi yang sihat, tiada gejala, mungkin bagi KKM tidak perlu.

“Tetapi sebab ada sebab ada kes seperti ini, akan rujuk kepada KKM untuk keputusan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Ismail, menjawab pertanyaan jika Putrajaya akan mengkaji keputusannya untuk tidak membuat pemeriksaan Covid-19 yang diperlukan untuk pelajar yang kembali ke sekolah dan asrama mereka.

Ini berlaku kerana kes positif di kalangan pelajar baru-baru ini dilaporkan di beberapa negeri. –MK

COMMENTS

Wordpress (0)