Semua adegan Amber Heard dalam Aquaman 2 bakal dipotong

Oleh MHDAILY

Semua adegan Amber Heard dalam Aquaman 2 bakal dipotong. Berdasarkan laporan, selepas keputusan kes saman Amber Heard berpihak kepada Johnny Depp, Warner Bros Pictures dikhabarkan bakal memadam semua babak Amber Heard dalam filem Aquaman and The Lost Kingdom.

Laporan tersebut berkata keputusan itu dibuat berdasarkan satu mesyuarat ‘pihak atasan’ membincangkan keperluan menggugurkan Amber daripada sekuel Aquaman yang akan datang.

Amber sudah melakonkan babak beliau di London tahun lalu dan cara watak beliau dihentikan kemungkinan besar secara off-screen death. Salah satu teorinya adalah Mera bakal meninggal dunia ketika melahirkan anak dan diterangkan di awal filem.

Baca Artikel Penuh