Sah !!! Sabah dan Sarawak kini dipanggil ‘Wilayah’, bukan lagi ‘negeri’

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan, ianya susulan keputusan dan arahan yang diperoleh pada Mesyuarat Kabinet semalam selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta.

“Ya betul, kementerian sudah mengambil tindakan bagi meluaskan arahan pertukaran dibuat kerajaan ini, susulan keputusan dan arahan Menyuarat Kabinet, semalam.

“Pihak KKMM sedang melaksanakan pertukaran membabitkan nama-nama cawangan agensi-agensi di bawah kementerian ini di kedua-dua wilayah terbabit,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, istilah baharu wilayah untuk Sabah dan Sarawak juga akan digunakan dalam laporan berita, termasuk di stesen televisyen kerajaan dan semua pihak berkaitan.

Sebelum ini, Muhyiddin memaklumkan pertukaran terbabit adalah bagi memisahkan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri lain di Malaysia.

Berita penuh : https://www.thethirdforce.net/sabah-sarawak-kini-bergelar-wilayah-bukan-negeri/