Ramai puas hati dengar jawapan Salahuddin tentang isu kos sara hidup

Ramai puas hati dengar jawapan Salahuddin tentang isu kos sara hidup

Ramai puas hati dengar jawapan Salahuddin tentang isu kos sara hidup. Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah ditemubual di rancangan Agenda Awani mengupas isu Kos Sara Hidup yang menjadi agenda utama kepimpinan kerajaan baharu pada hari kedua perlantikan beliau. Penjelasan YB Menteri buat banyak pihak berpuas hati.

YB Menteri memperincikan makna kos sara hidup yang merangkumi perbelanjaan tetap bulanan yang bersifat hangus dan perbelanjaan yang perlu dilakukan oleh isi rumah sebagai contoh, pembiayaan rumah, kenderaan serta makanan.

Kedua, sumber pendapatan atau pembiayaan perbelanjaan hangus tersebut samada melalui sumber gaji, pendapatan lain seperti dividen, komisen dan sebagainya.

Kedua-dua perkara ini penting kerana yang pertamanya dari segi penawaran, iaitu jualan barangan dan perkhidmatan oleh pihak lain serta dari segi permintaan iaitu, perolehan keperluan oleh pengguna atau rakyat yang perlu dibayar terutamanya melalui gaji perlulah seimbang.

Sekiranya keseimbangan ini tidak dicapai maka bermulalah episod keluhan, kerisauan serta tekanan yang dihadapi oleh rakyat terutamanya mereka yang berada dalam kategori berpendapatan rendah.

Ramai puas hati dengar jawapan Salahuddin tentang isu kos sara hidup

Dalam temubual tersebut, YB Menteri menjelaskan cadangan kepada penyelesaian isu kos sara hidup memerlukan keterlibatan semua kementerian secara sinergi dan tidak boleh lagi bergerak secara silo.

Sebagai contoh, cadangan berkenaan dengan harga dua peringkat (2-tiered pricing) termasuk polisi dan mekanisma pelaksanaan telah disambut baik oleh pemain industri untuk menimbangkan pelaksanaan 2-tiered pricing dan ini akan diperincikan sehingga semua aspek diambil kira.

Kementerian ini juga akan meneliti rantaian bekalan bagi menjamin bekalan barangan keperluan mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan.

BACA:

Anak Zahid diangkat jadi Pengerusi MQ Tech

Inilah basikal termahal di dunia, boleh beli Banglo 2 buah

Makin susut, ramai syak DSV buat Barlatric Surgery

CATEGORIES