Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada

Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada.

Proton Saga generasi pertama memang didatangkan dengan pelbagai gimik pemasaran.

Anak sulung Proton ini ternyata menerima edisi-edisi khas seperti Proton Saga Knight sehinggalah ke hari ini dengan Proton Saga Edisi Ulangtahun.

Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada

Namun begitu, mungkinkah Proton Saga Limousine 1.5A ini model Proton Saga paling mahal?

Proton Saga Limousine adalah sebuah model khas yang dikeluarkan pada tahun 1990 dengan harga anggaran sekitar RM 50,000 pada ketika itu. Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 25 pula pernah dijual pada harga RM 54,500 pada tahun 2010.

Model Proton Saga Limousine ini pernah dihantar ke pejabat Perdana Menteri untuk digunakan oleh Perdana Menteri Ke 4 ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir. Dalam wawancara ketika itu, model Proton Saga Limousine ini disasarkan untuk kegunaan VIP dan pegawai tinggi kerajaan bagi menggantikan model-model Mercedes-Benz, BMW dan Volvo.

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal? 03

Pembangunan Proton Saga Limousine ini adalah hasil kerjasama EON (Edaran Otomobil Nasional) dengan Aldo Travaglini, seorang rakyat Itali yang menetap di Australia. Berkemungkinan besar, model ini adalah usaha EON melalui anak syarikatnya Automotive Conversion Engineering yang mengubah model Proton sedia ada kepada model eksekutif ataupun limosin.

Proton Saga lama ini makin melambung harga, automatik kaya siapa yang ada

Model Proton Saga Limousine adalah 25% lebih panjang berbanding kereta Proton Saga generasi pertama. Proton Wira Limousine masih mempunyai lebih banyak kelengkapan berbanding model Proton Saga Limousine ini. Model untuk dijual ini dilihat lebih ‘kosong’.

Kereta ini dilihat mempunyai cat yang baharu. Selain daripada itu, kesemua kelengkapan dalaman masih kelihatan sama. Tahun dibuat adalah pada tahun 1995. Kelengkapan dalam turut mengingatkan kami mengenai Proton Saga spesifikasi UK.

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal? 04

Jika anda berminat, dapatkan model Proton Saga Limousine 1.5A ini di Tawau. Selepas 25 tahun, harganya seolah-olah tidak jatuh dengan ketara pada harga RM 15,000. Berbaloi

BACA:

Tahun 2021 kes adib ditutup, rupanya inilah peguam yang memperjuang kes adib, satu sen pun tak minta dari waris!