Presiden Brazil tolak vaksin Covid-19, anggap sudah ada antibodi kerana pernah positif. Dalam usaha menamatkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, banyak negara yang memilih vaksin untuk diberikan kepada rakyatnya. Namun, ada seorang presiden dari negera Amerika Selatan memilih untuk tidak divaksin.
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengesahkan beliau tidak akan menerima suntikan vaksin Covid-19.
Saya sudah memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksinasi. Saya sedang meneliti kajian terbaharu. Saya juga sudah menerima imuninasi semula jadi selepas dijangkiti, jadi mengapa saya perlu divaksin?
Presiden Brazil tolak vaksin Covid-19, anggap sudah ada antibodi kerana pernah positif
Menurut laporan Astro Awani, Bolsorano sebelum ini turut mendakwa vaksin keluaran syarikat Pfizer boleh menyebabkan manusia bertukar kepada buaya sebagai kesan sampingan.
Sejak disahkan positif Covid-19 pada Julai tahun lalu, Bolsonaro sering kali mendakwa kajian menunjukkan beliau mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan virus tersebut dan tiada keperluan untuk dirinya menerima vaksin.
Beliau juga menolak pas kesihatan yang diberikan kepada mereka yang sudah divaksin di bandar-bandar utama negara itu untuk membolehkan rakyat memasuki sesuatu premis. Dalam satu kenyataan lain, Bolsonaro menegaskan sekiranya seseorang rakyat itu tidak mahu divaksin, itu adalah hak mereka dan ia muktamad.
Keengganan Presiden Brzil itu untuk menerima suntikan vaksin dikecam pelbagai pihak terutamanya ketika beliau menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada bulan lepas.