PH Selangor mahu Mesyuarat Exco rabu hadapan putuskan semula isu Hutan Simpan

Oleh MHDAILY

PH Selangor mahu Mesyuarat Exco rabu hadapan putuskan semula isu Hutan Simpan. Pakatan Harapan (PH) Selangor mahu Mesyuarat Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula isu berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada Rabu depan, susulan kritikan dan bantahan orang ramai.

Pengerusi tiga parti komponen gabungan itu, termasuk Amirudin Shari selaku pengerusi PKR Selangor, berkata mesyuarat pagi tadi bersetuju halatuju dan keputusan dalam isu penyahwartaan hutan simpan itu harus dipertimbangkan semula pada mesyuarat 8 September.

“Pengerusi parti komponen PH Selangor komited dalam menjunjung semua prinsip-prinsip asas Pakatan Harapan berkaitan alam sekitar dan agenda kepedulian rakyat sebagai pedoman dan panduan dalam setiap perancangan pembangunan negeri,” katanya, dalam kenyataan bersama Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo, dan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim.

Baca Artikel Penuh