PH hadapi wabak politiking berebut jawatan Perdana Menteri, kata Hadi

Oleh MHDAILY

PH hadapi wabak politiking berebut jawatan Perdana Menteri.Tanpa diragukan lagi bahawa kabinet baharu pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada tugas yang telah dilaksanakan oleh barisan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan PN gagal dijatuhkan melalui cara tebuk atap oleh Pakatan Harapan (PH) dan gerombolannya yang terus-menerus berpolitiking ketika rakyat berada dalam kecemasan bagi menghadapi pandemik Covid-19 dan kesannya terhadap kehidupan mereka.

Jangan dipedulikan tuduhan yang ditujukan terhadap kerajaan PN, kononnya telah gagal mengatasi wabak dan bencana yang menjadi ketentuan Allah SWT kepada seluruh dunia ini. Hal ini demikian kerana, kemampuan kita sekadar berikhtiar untuk mengatasi masalah rakyat yang sudah menunjukkan tanda-tanda positif yang memberangsangkan.

Baca Artikel Penuh