‘Pesawat menjunam, ada yang tercampak’ Pelajar Malaysia kongsi pengalaman dalam Singapore Airlines

Semalam, sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) terpaksa membuat pendaratan cemas di Bangkok selepas mengalami gelombang udara yang hebat semasa melintasi ruang udara Myanmar.

Menurut laporan Sinar Harian, terdapat 16 warga Malaysia di dalam penerbangan SQ321 dari London ke Singapura.

Salah seorang penumpang Malaysia, Dzafran Azmir, 28 tahun, berkongsi pengalaman mengerikan itu kepada portal mStar.

“Pesawat tiba-tiba menjunam sehingga penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar tercampak ke atas bahagian siling pesawat.

“Ada yang terhantuk kepala di kabin bagasi sehingga bahagian tersebut kemek. Mereka juga tercampak ke pelbagai ruang, lampu serta topeng oksigen terkeluar dan pecah.

'Pesawat menjunam, ada yang tercampak' Pelajar Malaysia kongsi pengalaman dalam Singapore Airlines

Baca Artikel Penuh