Pesara guru lesap lebih RM512,316 ditipu Macau scam

Oleh MHDAILY

Seorang pesara guru kerugian lebih RM512,316 selepas wanita itu ditipu sindiket “Macau scam” yang mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram di sini, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, wanita berusia 60-an itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Sarjan Fairul” dari Kota Kinabalu, Sabah.

“Lelaki itu mendakwa mangsa terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram dan suspek turut memaklumkan menemukan bungkusan milik warga emas berkenaan yang mengandungi lapan kad pengeluaran wang automatik (ATM) yang digunakan bagi menipu.

Baca Artikel Penuh