Persatuan peniaga melayu Terengganu kecewa tapak bazar ditender kepada pihak swasta, jadi punca harga sewa naik

Oleh MHDAILY

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu meluahkan rasa kesal kerana tidak berpeluang menguruskan bazar Ramadan dan Aidilfitri di dua lokasi di Dataran Shahbandar, lapor Portal berita Sinar Harian.

Pengerusi Persatuan, Zakaria Yusoff berkata, tindakan pihak berwajib membuka tender kepada pihak swasta menyebabkan kebanyakan kebanyakan peniaga tertekan kerana terpaksa menanggung kos sewa tapak yang melambung tinggi.

Menurutnya, tahun ini pihaknya tidak berpeluang menguruskan bazar Ramadan yang kebiasaan sebelum ini diberikan secara rundingan terus oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Baca Artikel Penuh