Perbicaraan rasuah Zahid ditangguh lagi kali ketiga

Oleh MHDAILY

Perbicaraan rasuah Zahid ditangguh lagi kali ketiga.Perbicaraan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan selepas beliau tidak dapat hadir kerana menerima rawatan di hospital akibat sakit belakang yang dialaminya.

Beliau sepatutnya hadir ke Mahkamah Shah Alam hari ini bagi meneruskan perbicaraan berhubung tuduhan rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang dikaitkan dengan syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).

Permohonan itu dibuat peguam yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Hamidi Mohd. Noh yang menjelaskan anak guamnya masih berada di hospital dan tidak dapat hadir bagi mendengar keterangan saksi.

Baca Artikel Penuh