Pengguna Google Maps terkejut lihat imej raksasa di lautan

Seorang pengguna aplikasi Google Maps mendakwa mengesan imej sejenis makhluk mitos yang digelar ‘kraken’ di permukaan laut pada aplikasi tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut mitos masyarakat Yunani, kraken adalah sejenis raksasa laut yang didakwa memiliki saiz dan kekuatan yang luar biasa.

Pengguna Google Maps terkejut lihat imej raksasa di lautan

Kraken adalah sejenis raksasa laut mengikut kepercayaan masyarakat Yunani. – Daily Star

Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik di laman perkongsian Reddit, individu tersebut mendakwa imej yang dirakam itu menyerupai makhluk seperti dalam mitos tersebut.

“Saya tidak tahu bagaimana Google memilih untuk memaparkan imej sesetengah objek menerusi satelit.

Pengguna Google Maps terkejut lihat imej raksasa di lautan

Imej yang dirakam itu didakwa adalah kraken, sejenis makhluk mitos mengikut kepercayaan masyarakat Yunani.

“Bagaimanapun pada saya, imej ini bukan sejenis kapal dan saiznya amat panjang seperti saiz paus biru yang pernah direkodkan,” tulis individu tersebut.

Perkongsian itu menerima pelbagai komen daripada pengguna lain dengan ramai yang tidak mempercayai dakwaan individu tersebut.

“Ia cuma seketul batu,” kata seorang pengguna.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/23/individu-dakwa-kesan-imej-raksasa-laut-kraken/

BACA JUGA : Selepas lapor SPRM terhadap MB Kedah, NGO terima notis tuntutan RM10 juta

COMMENTS

Wordpress (0)