Pengerusi MPN : Tun M sudah sedia lepas jawatan dalam Pejuang, tapi Ismail mungkir janji – Mukhriz

Oleh MHDAILY

Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mendakwa Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berjanji untuk melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) apabila dia dilantik sebagai perdana menteri baru, menggantikan Muhyiddin Yassin.

Namun, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mendakwa ia tidak dikotakan meskipun penubuhan MPN pada mulanya adalah cadangan Mahathir.

Mukhriz berkata, parti itu juga memang mencadangkan Mahathir untuk mempengerusikan MPN kerana menurutnya dia tiada sebarang kepentingan politik.

Baca Artikel Penuh