Pemuda rakam detik cemas jumpa gajah otw balik Kelantan, “habis kereta aku”

Pemuda rakam detik cemas jumpa gajah otw balik Kelantan habis kereta aku

Pemuda rakam detik cemas jumpa gajah otw balik Kelantan, “habis kereta aku”. Pada tahun ini kita dapat saksikan peningkatan jumlah kenderaan yang keluar untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha sehingga menyebabkan orang ramai tersangkut dalam kesesakan yang panjang.

Disebalik terpaksa beratur panjang, baru-baru ini beberapa pengguna jalan raya juga berkongsi rakaman video di mana perjalanan mereka terbantut seketika apabila ada seekor gajah berada di tengah-tengah jalan raya.

Dalam video pertama, penumpang Perodua Viva merakam detik-detik cemas apabila gajah terbabit berjalan ke arah mereka sambil memerhatikan mereka dari tepi bahu jalan. Apabila melihat haiwan itu seperti sedang ‘leka’, pemandu Viva segera memecut meninggalkannya.

Semasa perakam memusingkan pandangan ke cermin belakang, kelihatan gajah itu ‘berlari-lari anak’ menuju ke arah kenderaan yang lain.

Video kedua pula dikongsikan oleh pengguna jalan raya yang lain. Setelah gajah itu sampai ke arah barisan kenderaan lain, ia berdiri di hadapan Nissan Grand Livina buat seketika, lalu gajah itu berdiri di sebelah kiri kenderaan berkenaan.

Pemuda rakam detik cemas jumpa gajah otw balik Kelantan, "habis kereta aku"

Sekali lagi apabila gajah itu seperti ‘leka’, pemandu MPV itu segera membelok ke kanan jalan dan memecut selaju yang mungkin. Nasib baik haiwan besar itu tidak cuba mengekori kenderaan terbabit.

Detik paling membimbangkan dikongsikan dalam video ketiga apabila gajah itu segera berlari ke arah kenderaan yang merakam situasi di hadapan. Menurut pemilik asal video itu, haiwan itu telah pun mengangkat kaki dan meletakkan di bahagian hadapan keretanya.

Ketiga-tiga video berkenaan telah mendapat jutaan tontonan dan ternyata warganet pun turut menzahirkan perasaan cemas setelah melihat insiden terbabit. Mereka juga turut berkongsi pengalaman sendiri apabila melalui laluan yang sama.

Warganet menyatakan perbuatan pemandu Perodua Viva dan Nissan Grand Livina itu tidak wajar dilakukan kerana ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain. Ini kerana gajah merupakan seekor haiwan yang sensitif dan mempunyai perasaan ‘ingin tahu’ yang sangat tinggi.

Sekiranya pemandu membuat ‘provokasi’ yang kurang menyenangkan, boleh menyebabkan gajah ‘naik minyak’ dan menyerang apa sahaja berdekatan dengannya.

Tambah orang ramai lagi, sepatutnya mana-mana pemandu yang ternampak gajah berada di tepi jalan, teruskan sahaja perjalanan tanpa perlu berhenti.

Andaikata haiwan terbabit sudah pun berada di tengah-tengah jalan, segera berhenti bergerak dan tunggu ia meninggalkan jalan raya. Setelah keadaan sekeliling berasa selamat, barulah pemandu boleh meneruskan perjalanan.

Dalam rakaman video keempat pula, kelihatan gajah itu meninggalkan jalan raya dan terus masuk ke dalam kawasan hutan berhampiran selepas Toyota Avanza berwarna biru di hadapan mereka kekal tenang dan tidak bertindak melulu seperti dua buah kenderaan sebelum itu.

https:// www.tiktok.com/@aimankamal______/video/7117968500743867675?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fcemas-dan-merisaukan-netizen-kongsi-pengalaman-gajah-buat-spotcheck-semasa-pulang-ke-kampung%2F&referer_video_id=7117968500743867675

BACA:

Selamba je tukar jadi kereta polis, sekali ini yang jadi

Naikkan cukai jalan kereta lama cara untuk atasi kenderaan sesak – Ahli Akademik

‘Kereta mewah pun dah beralih ke minyak kuning sekarang’

CATEGORIES