Pemimpin Umno gesa pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari 2.0

Oleh MHDAILY

Pemimpin Umno menggesa kerajaan supaya melanjutkan program pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari 2.0 bagi membantu rakyat secara menyeluruh berbanding Pemerkasa Plus yang hanya fokus pada kelompok B40.

Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Razlan Rafii, berkata wabak Covid-19 yang melanda negara lebih setahun lalu telah mengakibatkan ramai terkesan termasuk mereka dalam kategori M40.

Oleh itu, katanya kerajaan patut melanjutkan program i-Sinar dan i-Lestari bagi memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas dengan mengeluarkan simpanan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Baca Artikel Penuh