Pemancing terkejut tengok kelibat hantu bertudung dalam foto mereka

Pemancing terkejut tengok kelibat hantu bertudung dalam foto mereka.Dua nelayan terkejut melihat imej menakutkan ‘hantu bertudung’ sedang memerhati mereka dalam gambar swafoto yang dirakam ketika kedua-duanya memancing di Sungai Mojotoro, Argentina, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kelibat menyeramkan itu muncul di sebalik pokok. Gambar tersebut pula dirakam ketika mereka keluar memancing bersama dua rakan lain pada 16 November lalu.

“Kami pergi memancing di Sungai Mojotoro dari jam 5 petang (waktu tempatan) dan tinggal di sana sehingga pukul 10 malam. Kami melihat gambar itu apabila pulang ke rumah dan sukar untuk kami mempercayainya,” kata mereka kepada Cronica News.

Dua nelayan terkejut melihat imej menakutkan ‘hantu bertudung’ sedang memerhati

Menurut akhbar tempatan, sungai itu terkenal dengan aktiviti paranormal menyeramkan. Sebelum ini, banyak dakwaan mengenai insiden barang bergerak sendiri atau bayang-bayang muncul secara tiba-tiba di lokasi tersebut.

Gambar itu telah dimuat naik di Internet dengan ramai netizen cuba membuat penjelasan tentang apa yang boleh berlaku.

Pegawai tempatan belum mengesahkan kepada Cronica News sama ada kejadian itu akan disiasat walaupun laporan mengenai insiden pelik di lokasi itu meningkat dari tahun ke tahun.

Pada 2008, sekumpulan budak lelaki yang selesai memancing mendakwa bahawa mereka menyangka seseorang sedang membaling batu ke arah mereka, namun mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh jembalang.

Baca: Pesakit Covid-19 berisiko alami gejala serius jika malas gosok gigi

COMMENTS

Wordpress (0)