Parlimen bubar : Bukan hanya Umno yang desak – Zahid

Parlimen bubar Bukan hanya Umno yang desak Zahid

Parlimen bubar : Bukan hanya Umno yang desak – Zahid. Desakan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak hanya datang daripada ahli UMNO, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menegaskan PRU15 perlu diadakan segera.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Abdul Rashid yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menggesa agar mandat sah demokrasi dikembalikan.

“Kerajaan pula tidak stabil kerana terdapat pelbagai watak dan parti, ini tidak baik untuk negara.

“Katanya (Abdul Rashid) lagi ekonomi semakin buruk dan pelabur pula lari,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Parlimen bubar : Bukan hanya Umno yang desak - Zahid

Pada Isnin, Abdul Rashid dalam satu temu bual menyatakan bahawa PRU15 mesti diadakan segera bagi menggantikan kerajaan yang tidak mempunyai mandat memerintah.

Katanya, pilihan raya sepatutnya telah lama diadakan kerana kerajaan semasa pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibentuk melalui ‘helah’ politik.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bersifat jujur dalam menyatakan pendiriannya berdasarkan 30 tahun pengalaman dalam SPR.

“Tan Sri Rashid juga bekas Naib Presiden Bersatu dan kini masih jadi ahli Bersatu bersikap jujur menyatakan sikap dan pendiriannya berdasarkan pengalamannya sekitar 30 tahun berada dalam SPR,” katanya.

BACA:

Cara mohon bantuan kahwin mengikut negeri, dapat RM1,000

BNM dijangka naikkan OPR 50 BPS awal bulan Julai ini

Azri Iskandar dakwa bakal isterinya seorang ‘Datuk Seri’

CATEGORIES