Panas !!! Pelan ketiga Umno untuk keluar dari kerajaan PN

Oleh MHDAILY

Pelan ketiga Umno untuk keluar dari kerajaan PN . Pemerhati dan penulis politik pro Umno, Datuk Zaharin Mohd Yassin berkata, ketika ini Umno perlu selesaikan masalah bagaimana parti itu mahu keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, keputusan Umno sedang menjadi tanda tanya dan semua pihak akan memerhati tindakan parti itu selepas memutuskan untuk menarik semula sokongan dari Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

“Umno dia kena lalui cara macam mana nak selesaikan kemelut dalam fasa ketiga dalam pelan nak keluar dari kerajaan ini. Pelan pertama dah lulus iaitu tidak menyokong Bersatu masa pilihan raya.

Baca Artikel Penuh