Panas !!! Menteri dedah 807 kes memandu lawan arus dikesan tahun ini

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memaklumkan sebanyak 807 kes pemanduan lawan arus dikesan sejak Januari lalu.

Menurut beliau, daripada 807 kes itu, sebanyak 29 kes dikategorikan kes maut, 17 kes parah, 49 kes ringan dan 712 kes rosak.

“Kes memandu lawan arus kebelakangan ini kerap dilaporkan. Kes demikian disebabkan memandu dibawah pengaruh alkohol dan dadah dan perkara ini amat membimbangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menteri dedah 807 kes memandu lawan arus dikesan tahun ini

Tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melawan arus telah meragut nyawa dua remaja di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam baru-baru ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berhubung statistik kes pemanduan lawan arus, faktor penyebab dan langkah menanganinya.

Ka Siong berkata, dalam hal tersebut Kementerian Pengangkutan telah menguatkuasakan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bermula 23 Oktober tahun lalu.

Kata beliau, pindaan itu antara lain meningkatkan kadar denda serta tempoh penjara mereka yang melakukan kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol dan dadah.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/28/807-kes-memandu-lawan-arus-sejak-januari/

BACA JUGA : Panas !!! Ku Li dedah Umno tak bersungguh mahu putuskan hubungan dengan Bersatu

COMMENTS

Wordpress (0)