Pakar ini kongsi tips macam mana nak jadikan kad kredit ni kawan

Ramai antara kita menjadikan kad kredit sebagai talian hayat tetapi akhirnya jadi jerat kerana kadar faedah yang tinggi ke atas hutang tertunggak sehingga mencecah 18 peratus setahun.

Walaupun ada kemudahan untuk membayar secara minimum, kaedah itu hanya akan menjerat pengguna untuk membayar kadar faedah yang tinggi setiap bulan.

Oleh itu, kita perlulah tahu pengurusan kewangan yang sepatutnya bagi mengelak menanggung hutang yang tinggi terutama membabitkan penggunaan kad kredit.

Ikuti tulisan Eza Ezamie mengupas sama ada baik atau tidak penggunaan kad kredit:

KAD KREDIT BAIK ATAU TIDAK?

Pakar ini kongsi tips macam mana nak jadikan kad kredit ni kawan

Rakyat Malaysia sememangnya suka berhutang. Mengikut statistik BNM, rakyat Malaysia berhutang hampir 1.4 trilion ringgit.

Dengan majoritinya adalah hutang rumah, diikuti pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan hutang kad kredit.

Hutang kad kredit ini juga menyumbang kepada kes bankrap kelima terbesar di Malaysia.

Jika dibandingkan banyak-banyak hutang yang ada, kad kredit mempunyai kadar faedah (interest) yang tertinggi iaitu sehingga 18%.

Ini bermakna, sebarang outstanding penggunaan kad kredit yang tidak dibayar pada tarikh due date, anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Belum dikira late penalty charges sekiranya tak membuat bayaran minimum (5% daripada total outstanding) dan sebagainya.

Kenapa boleh berhutang kad kredit sehingga jatuh bankrap?

Begini. Kad kredit adalah fasiliti macam wang. Institusi kewangan membenarkan kita swipe untuk amaun berdasarkan had kredit yang kita ada.

Contoh, kalau kita ada had kredit sebanyak RM5,000, kita boleh guna sehingga RM5,000. Nak guna RM5,000.01, kad tersebut akan decline dan transaksi tidak berjaya.

Ramai yang tergoda dengan kad kredit disebabkan feature ini. Gaji RM2,000, tapi kredit limit RM6,000.

Maka kita pun beli iPhone yang berharga RM6,000, kemudian bayar minimum saja bulan-bulan. Maka hutang kita tadi pun akan snowball sehingga burst kita punya kredit limit.

Nak cerdik sikit? Beli iPhone tapi buatlah instalment dua tahun zero interest. Maka bulan-bulan hanya perlu bayar RM250 (RM6,000/24).

Tapi sakit juga tu, sebab dia dah lock RM6,000 untuk tempoh dua tahun, maka kita pun apply kad kredit kedua. Bila kad kredit kedua dah maksimum, apply pula kad kredit ketiga.

Situasi ini pun berulang sampai hutang dah tak tertanggung.

Saya pun pernah hadapi masalah yang sama satu ketika dulu. Tapi ketika itu hanya ada dua kad kredit dan dua-dua pun dah maxed out. Lambat juga nak tersedar, tapi terjaga juga akhirnya.

Jadi, sekarang saya jadi cerdik sikit, saya pun nak berkongsi tips bagaimana nak jadikan kad kredit ni kawan kita.

Ya, memang boleh sangat kita swipe bergantung kepada kredit limit kita, tapi pastikan kita mampu untuk lunaskan semua outstanding.

Swipe RM1,000, statement datang, bayar RM1,000. Swipe RM5,000, keluar statement, pastikan bayar RM5,000.

Boleh ke nak bayar lebih? Macam saya, tak boleh bayar lebih. Kena bayar ngam-ngam saja.

Tapi macam mana statement saya jadi negatif? Bank hutang dengan saya ke?

Ya, bank hutang disebabkan ada feature cashback. Kita swipe, sama ada dapat point atau dapat cashback.

Kad kredit yang saya guna, point pun dapat, cashback pun dapat. 3-4 bulan sekali spending, point cukup dapat redeem voucher RM50 untuk tampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kemudian dapat pula cashback. Contoh, kita swipe RM1,000, kalau cashback satu peratus, nanti statement keluar dia akan tolak RM10. Kalau cashback lima peratus, swipe RM1,000, statement nanti akan deduct RM50.

Macam itulah ceritanya.

Kad kredit ni sebenarnya tak jahat kalau kita tahu cara penggunaannya yang betul.

Tapi kad kredit yang sama boleh jadi jahat, jika kita berbelanja di luar kemampuan dan tak mampu nak lunaskan outstanding setiap bulan. Maka hutang pun bertambah sikit demi sikit.

Saya pernah tengok statement seseorang yang mempunyai kad kredit dengan had berpuluh ribu, tapi outstanding beliau sampai berbelas ribu. Maka tiap-tiap bulan hutang semakin bertambah beratus-ratus sebulan. Scary betul.

Mungkin sebab itulah ‘bank rimau’ sampai sekarang tak naikkan kredit limit saya. Sebab ada teknik untuk jadikan kad kredit sebagai sesuatu yang beri manfaat kepada kita bukannya memberi mudarat.

BACA: “Kakak mulut macam petir, kalau tak puas hati terus dia sembur walaupun dengan adik sendiri tapi dengan orang luar lembut kemain”