Orang bayar hutang guna duit judi? Halal ke terima? Ini jawapan padu Ustaz

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya kalau orang hutang saya tapi dia bayar pakai duit menang judi apa hukumnya duit tu halal tak bagi saya?

Jawapan: Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas transaksi apa wang itu diterima.

Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Orang bayar hutang guna duit judi? Halal ke terima? Ini jawapan padu Ustaz

Firman Allah SWT “…dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164).

Wang pada asalnya adalah harus. Wang haram sebab judi ialah haram li-ghayrihi. Maksudnya ialah wang jadi haram sebab perbuatan mendapatkan wang itu adalah dengan cara yang haram.

Apabila ia berpindah tangan atas akad baru yang harus seperti jual-beli atau hutang, pemilikan wang itu adalah harus.

Namun, bolehlah kita nasihatkan orang yang berjudi itu untuk bertaubat dan meninggalkan judi sebab judi adalah antara dosa2 besar.

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Insya Allah… 😷

BACA: Youtuber terkenal buat kerja tak masuk akal, kebumikan diri selama seminggu sekali ini yang jadi..