‘No komen’, Muhyiddin enggan ulas menantu jadi ‘wanted list’ interpol, elak jadi modal kempen PH?

‘No komen’, Muhyiddin enggan ulas menantu jadi ‘wanted list’ interpol, elak jadi modal kempen PH?

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya,

Datuk Muhammad Adlan Berhan yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian.

'No komen', Muhyiddin enggan ulas menantu jadi 'wanted list' interpol, elak jadi modal kempen PH?

Beliau yang hadir ke kawasan medan selera Seksyen 17 di sini enggan menjawab pertanyaan wartawan yang menunggunya selepas selesai berkempen mengiringi calon Dewan Undangan (DUN) Batu Tiga, Datuk Seri Rina Harun.

“No komen,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Semalam, media melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan termasuk Muhammad Adlan, 48, yang juga seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya cuba menghubungi dua lelaki terbabit termasuk seorang peguam bernama Mansoor Saat, 69, secara terus dan menerusi peguam masing-masing namun kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei lalu.

Setakat ini, tiada rekod menunjukkan kedua-duanya kembali ke Malaysia.

BACA: Penunggang dan pembonceng nyaris tercampak dalam laut lepas langgar tembok jambatan Penang