Netizen persoal dakwaan nasi lemak Singapura lagi sedap dari Malaysia

Oleh MHDAILY

Netizen persoal dakwaan nasi lemak Singapura lagi sedap dari Malaysia. Kalau sebut tentang nasi lemak, memang ia antara makanan ikonik buat rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja yang datang ke Malaysia pasti akan mencubanya. Baru-baru ini pula, kenyataan dari seorang Tik Toker dari British ini telah membuatkan ramai rakyat Malaysia yang berasa triggered melihatnya.

Menurut gadis itu, nasi lemak dari Singapura lebih sedap daripada nasi lemak di Malaysia. Kenyataannya ini turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen terutamanya selepas melihat rupa nasi lemak yang dimakannya di Singapura.

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis dari British itu menunjukkan nasi lemak dari Singapura yang dipesannya. Di ruangan kapsyen itu, dia menulis tidak dapat dinafikan lagi nasi lemak dari negara jiran itu lebih sedap daripada nasi lemak di Malaysia.

Baca Artikel Penuh