Netizen bengang tak dapat naik kapal terbang gara-gara MySejahtera buat hal

Oleh MHDAILY

Seorang pengguna Twitter bengang mendakwa, dia tidak dibenarkan untuk memasuki lapangan terbang berikutan status di aplikasi MySejahteranya secara tiba-tiba menjadi orang di bawah pemerhatian (PUS).

Pengguna tersebut, @avia_whiskey93 berkata, dia telah ke lapangan terbang kerana dijadualkan akan berlepas ke satu destinasi, namun sebaik tiba di sana dia tidak dibenarkan masuk kerana status PUS tersebut.

Netizen bengang tak dapat naik kapal terbang gara-gara MySejahtera buat hal
Tangkap layar ciapan berkenaan.

Katanya, sebelum bertolak ke lapangan terbang, dia yang menaiki Grab dan perlu mengimbas kod MySejahtera di dalam kenderaan tersebut dan status MySejahteranya ketika itu menunjukkan risiko rendah.

Baca Artikel Penuh