Bella Hadid mengaku berpuasa sejak kecil, dah dewasa lain pula jadinya

Model antarabangsa, Bella Hadid mengaku berpuasa sejak kecil, dah dewasa jadi lain pula.Supermodel terkenal Bella Hadid merupakan salah seorang bintang yang terkenal di Hollywood. Walaupun dia hanya bergelar seorang peragawati namun dia berdiri sebaris dengan selebriti terkenal yang lain dek popularitinya.

Umum mengetahui, Bella merupakan seorang gadis berketurunan Palestin di sebelah bapanya, Mohamed Anwar Hadid. Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid diajar untuk memahami tradisi masyarakat Muslim sejak kecil termasuklah belajar berpuasa.

Dalam satu temubual bersama Harper’s Bazaar, Bella mengakui yang sewaktu kecil dia rajin berpuasa dan menikmati proses tersebut. Ujarnya, “Kami merayakan Hari Raya bersama-sama dan juga berpuasa ketika bulan Ramadan, saya mengamalkannya sejak kecil lagi.”

Walaupun begitu, gadis berusia 25 tahun ini berkongsi yang kini atas beberapa sebab dia semakin tidak mengikut ajaran berpuasa di bulan mulia ini. “Namun semakin menginjak dewasa, disebabkan berkerja dan bersekolah saya tidak mampu untuk berpuasa panjang,” kongsinya.

Ramai yang tertanya-tanya apakah agama yang dianuti gadis ini, kerana ibunya Yolanda Hadid bukanlah seorang penganut agama Islam walaupun ayahnya merupakan seorang Muslim yang masih mengamalkan amalan yang dianjurkan agama.

Model antarabangsa, Bella Hadid mengaku berpuasa sejak kecil, dah dewasa jadi lain pula.Supermodel terkenal Bella Hadid merupakan salah seorang bintang yang terkenal di Hollywood. Walaupun dia hanya bergelar seorang peragawati namun dia berdiri sebaris dengan selebriti terkenal yang lain dek popularitinya.
Dia yang tidak selesa bercerita tentang agamanya, lebih suka memberi respon yang mereka sekeluarga merayakan semua perayaan. “Ayah merupakan seorang yang bersemangat dalam mengajar soal agama dan budaya dan disebabkan itu saya menjadi seorang yang lebih bersemangat untuk mempelajari asal usul,” kongsinya lanjut.

Walaupun tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, Bella lantang mempertahankan hak warga Palestin yang ditindas Zionis Israel.

Dia merupakan antara selebriti yang kerap memberi pendedahan terhadap isu keganasan yang melanda rakyat Palestin. Bahkan sebelum ini dia pernah menyertai demonstrasi jalanan bertujuan mendesak warga dunia membuka mata terhadap apa yang terjadi kepada masyarakat di sana.

TONTON :

BACA:

Selepas dikecam teruk orang ramai, peguam Siti Bainun akhirnya bersuara

Janna Nick geram ada radio promosi iklan ‘bunuh diri’

CATEGORIES