Mahkamah cadang kes Rosmah didengar hakim lain

Oleh MHDAILY

Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes pengubahan wang haram serta pengelakan cukai Rosmah Mansor hari ini mencadangkan agar prosiding kes itu dijalankan di hadapan hakim lain bagi membolehkan kes didengar lebih awal.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat cadangan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn memaklumkan kepada mahkamah akan perkembangan terkini kes rasuah Rosmah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah di pedalaman Sarawak yang ditetapkan hujahan lisan pada 10 Feb depan selepas pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 10 Dis lalu.

Terdahulu, Zaini yang mendengar kedua-dua kes tersebut, memutuskan untuk memulakan prosiding kes pengubahan wang haram serta pengelakan cukai yang sebelum ini ditetapkan pada Mei, selepas kes rasuah Rosmah selesai.

Baca Artikel Penuh