Lintang pukang tetamu lari, keranda tiba-tiba lalu depan pengantin masa majlis

Oleh MHDAILY

Lintang pukang tetamu lari, keranda tiba-tiba lalu depan pengantin masa majlis. Baru-baru ini tular satu video di aplikasi Tiktok tentang keranda jenazah diusung ketika resepsi majlis perkahwinan berlangsung. Insiden itu berlaku di suatu majlis perkahwinan penduduk Desa Jolotundo, wilayah Mojokerto di Jawa Timur.

Difahamkan, keranda itu terpaksa diusung melalui jalan tersebut kerana khemah yang dibina ketika majlis perkahwinan tersebut telah menutup laluan utama jalan kampung.

Dalam rakaman video itu juga, dapat dilihat segelintir penduduk mengiringi keranda tersebut sehingga melepasi khemah. Malah, ketika itu tetamu yang hadir ke majlis tersebut sedang menikmati makanan yang dihidangkan.

Baca Artikel Penuh