Letak jawatan je lah Ismail Sabri !

Mail pun letak jawatanlah. Buat kenyataan jarang konsisten. Macam mana wibawa sebagai Menhan kalau orang tak hormat dan takut.

Kelab judi di Genting operasi atau tidak pun dia tak tahu. “Mubalagh” sungguh. Menteri kanan kiri apa macam ni. Lebih kurang Minrit sahaja.

Akhirukalam kebanyakan menteri kerajaan PN menurun bosnya Mahiaddin Md Yassin. Nuar Musa sudah diam, demam kok. Radzi Jidin sedang menghitung hari. Sudah bertukar kapor dengan papan hitam.

Mustapa Mamat juga dah hilang angka tidak ada pengumuman baru. Minrit terus kabur dan berbalam balam. Menteri undang² dah jadi menteri Udang².

Kalau menteri kanan kiri dan utama diam menteri low class lain tak payah ceritalah. Menteri agama juga tidak dijemput ke majlis kahwin dan tahnik lagi. Mabuk attar dah.

Nak tergelak ada menyampah pun ada. Sebab itu tolonglah surender ramai². Trims.
Sumber: