Lelaki paling kaya di Asia beri nasihat ‘padu’ untuk belia gaji RM2,000

Oleh MHDAILY

Lelaki paling kaya di Asia beri nasihat ‘padu’ untuk belia gaji RM2,000.Li Ka-Shing, lelaki terkaya di Asia dengan jumlah kekayaan bersih sehingga USD31.9 billion. Li Ka-Shing tidak habis sekolah tetapi seorang ulat buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.

Walau bagaimanapun, Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.

Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Baca Artikel Penuh