Lelaki nekad tanam Tesla Key dalam tangan, elak kunci hilang

Lelaki nekad tanam Tesla Key dalam tangan elak kunci hilang

Lelaki nekad tanam Tesla Key dalam tangan, elak kunci hilang. Seperti ramai sedia maklum, kereta moden yang dikeluarkan pada ketika ini sering kali hadir dengan fungsi keyless entry dan push start button. Hal ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai tidak perlu lagi membuka atau menghidupkan kereta menggunakan kunci fizikal.

Situasi yang sama berlaku pada Tesla di mana mereka telah memperkenalkan Tesla Key dalam memudahkan pengguna Tesla membuka dan menghidupkan kereta.

Hadir dalam bentuk kad atau kereta kecil, nampaknya terdapat pengguna Tesla yang memilih cara yang lebih ekstrim dalam ‘memudahkan’ kereta Tesla beliau dapat diakses.

Lelaki nekad tanam Tesla Key dalam tangan, elak kunci hilang

Menerusi perkongsian pengguna Twitter Brandon Dalaly, beliau memilih untuk ‘menanam’ Tesla Key dengan cara inplant ke dalam tangan beliau. Hasilnya, beliau berpeluang unlock kereta beliau semudah tap seakan bayaran payWave sahaja.

Menerusi perkongsian, difahamkan beliau memilih untuk menanam Tesla Key pada tangan kanan beliau menerusi bantuan individu yang terkenal dalam menghasilkan tatu dengan caj bernilai $400 (~RM1,795).

Penggunaan cip NFC yang dimasukkan ke dalam tangan didakwa tidak merbahaya serta tidak memberi sebarang kesan buruk kepada kulit.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Dalaly memilih untuk menanam cip dalam tangan beliau. Sebelum ini, beliau turut menanam cip melibatkan maklumat melibatkan rekod kesihatan, maklumat diri serta vaksin COVID-19 pada tangan kiri beliau.

Dalaly juga turut pernah menanggung risiko apabila cip pertama yang dimasukkan itu terbakar sekaligus membuatkan tangan beliau sakit selama sebulan.

BACA LAGI:

Insaf selepas mimpi dibakar, mak nyah kembali kepada fitrah

Selamba je penyanyi lelaki ni cium BCL diam-diam, ‘terkejut dia weh’

Najib dah ke dalam, mesyuarat tergempar Umno bersidang

CATEGORIES