Lelaki mengaku salah lakukan serangan seksual terhadap 34 kanak-kanak

Oleh MHDAILY

Lelaki mengaku salah lakukan serangan seksual terhadap 34 kanak-kanak.Selepas dua tahun dijejak oleh pihak berkuasa Australia, seorang pedofilia warga Malaysia diberkas dan disabitkan di mahkamah Kuching kerana melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak berusia dua hingga 16 tahun.

Alladin Lanim, 40, mengaku bersalah terhadap 18 pertuduhan jenayah seks dan dihukum 48 penjara serta 15 sebatan pada 17 Ogos lalu, yang dilihat sebagai kejayaan penting memerangi serangan seksual terhadap mangsa bawah umur.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, pegawai penyiasat khas dari Polis Persekutuan Australia (AFP), Polis Queensland serta Pusat Analisis dan Laporan Transaksi Australia (Austrac) memainkan peranan penting dalam usaha memberkas Lanim yang melakukan kegiatannya tanpa dikesan selama 14 tahun.

Baca Artikel Penuh