Lelaki ditangkap curi susu untuk beli dadah, bukan bagi bayi, dedah polis

Lelaki ditangkap curi susu untuk beli dadah, bukan bagi bayi, dedah polis.Lelaki yang dikatakan mencuri tiga tin susu bagi menyara keluarganya sebenarnya seorang penagih dadah tegar yang mahu menjual barang dicurinya itu untuk membeli dadah, kata Ketua Polis Daerah Miri Hakemal Hawari.

Hakemal berkata, suspek berusia 24 tahun mempunyai pelbagai rekod jenayah, termasuk mencuri.

“Ingin ditegaskan bahawa mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan kesempitan hidup bukanlah satu alasan yang sah untuk mencuri.

“Tiga tin susu yang dicuri suspek juga bukan susu formula kanak-kanak tetapi untuk orang dewasa,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Justeru Hakemal menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu kerana ia akan mengganggu siasatan.

Lelaki

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil membantu siasatan ini,” katanya.

Semalam, dilaporkan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang bayi ditangkap kerana mencuri tiga tin susu di sebuah kedai di Miri Times Square, Miri, Sarawak.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Maigold, Taman Desa Senadin sekitar 8 malam, Sabtu lalu, susulan laporan polis yang dibuat oleh premis terbabit kira-kira 2 petang hari yang sama.

Kegiatan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia berjalan memasuki premis dan terus menuju ke sudut susu berkenaan sebelum meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki kereta.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/13/curi-susu-beli-dadah-bukan-untuk-bayi-kata-polis/

BACA: PH masih ada ‘perbezaan kritikal’ dengan kerajaan tapi ketepikan seketika kerana pandemik