Seorang pengulas makanan berketurunan Cina, Hungry Sam, telah mencuba sendiri Darsa Fried Chicken atau DFC,
untuk menilai sama ada ia mampu menjadi pengganti kepada KFC yang sedang mengalami penutupan lebih dari 100 cawangan di seluruh negara atas sebab ekonomi.
Pada masa yang sama, banyak pelanggan yang mengadu tentang KFC yang seringkali menyajikan ayam yang kecil saiznya.
Jadi, Sam ingin mengetahui sendiri, adakah DFC mempunyai potensi untuk menggantikan KFC dari segi kualiti ayam goreng dan hidangannya?
Sebelum ini, Darsa Fried Chicken telah menimbulkan kontroversi apabila pengurusan media sosial mereka
menggunakan komen yang mempunyai unsur perkauman dengan melabelkan ada ‘type c’ yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka.
DFC kemudian memohon maaf atas kesilapan pengurusan media sosial mereka dan menyatakan bahawa mereka mengalu-alukan sesiapa pun datang ke kedai mereka tanpa mengira bangsa dan agama.
Hungry Sam, yang berketurunan Cina, telah mencuba sendiri DFC. Dan dia benar-benar berpuas hati dengan kualiti ayam dan sos bawang yang disediakan.
Sam berkata: “Saya menunggu selama sejam [untuk mendapatkan ayam DFC], tetapi ia memang sedap.
“Mari kita cuba coleslaw-nya dulu, seperti sayur yang dihiris. Rasanya manis, saya tidak suka yang ini.
“Ini kentang putar, nampak sangat menggiurkan. Dan ia juga sejuk. Kalau disajikan panas, ia akan menjadi lebih sempurna. Rasanya amatlah enak.”
Kemudian, Sam meneruskan dengan ayam goreng Darsa yang dikatakan boleh menjadi pilihan baru sebagai pengganti ayam goreng KFC.
Sam jelas teruja dengan kualiti ayam goreng berempah.
“Ayam goreng berempahnya sangat lazat. Berbaloi menunggu lama. Dan ayamnya digoreng segar. Ini betul-betul enak.
“Mari kita cuba sos bawang putihnya.”
Sam menunjukkan kepuasan pada wajahnya sambil memberikan markah 9.2/10 untuk sos bawang putih tersebut.
“Ini sangat sedap. Dengarlah, mereka mahu menggantikan KFC kan? Tiada masalah!
“Saya pasti akan memilih DFC berbanding KFC pada bila-bila masa. Ayam ini benar-benar mewakili rasa Malaysia.
“Kentang putar KFC bagus, tetapi DFC lagi sedap.
“Coleslaw KFC teruk, DFC pula lebih baik,” kata Sam.
Dia kemudian memuji saiz ayam yang sangat besar dan berharap DFC dapat mengekalkan standard dan kualiti hidangan mereka.
Sam menyatakan: “Lihatlah, tulangnya berwarna putih, menunjukkan ayam segar. Saya berharap mereka dapat mengekalkan kualiti ini.
Sambil menikmati ayam goreng dicelup dalam sos bawang putih, Sam berkata: “Ini sangat sedap.. yeah!”
Akhir sekali, dia berharap agar DFC dapat memperluaskan perniagaan mereka jika mereka serius untuk menggantikan KFC di hati rakyat Malaysia.
“Jika anda betul-betul mahu menggantikan KFC, tingkatkanlah perniagaan anda. Bagi mereka yang bekerja di KFC sebelum ini, mereka boleh mencuba nasib di DFC.
Sam sekali lagi memuji sos bawang putih: “Sos bawang putih ini terlalu sedap. Perfecto!”
Netizen dari pelbagai kaum sangat terkesan dengan ulasan Sam, dan ramai menyatakan mereka ingin mencuba DFC selepas ini.
Ada yang mengakui bahawa ulasan Sam membuatkan mereka lapar.
“Saya lapar mendengar ulasan Sam. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang DFC,” kata seorang netizen.
Sementara itu, beberapa orang lain berbangga dengan Sam kerana mendukung perniagaan tempatan dan dianggap jujur dalam ulasannya. Namun, ada juga yang berharap agar DFC memperbaiki kualiti coleslaw mereka.
Vanessa Lim berharap agar DFC membuka cawangan di tempatnya.
BACA: Hanya kerana anak lambat bercakap, ibu tergamak campak anak dalam sungai penuh buaya