Krisis bekalan telur merebak dari Malaysia ke Amerika pula

Oleh MHDAILY

Krisis bekalan telur merebak dari Malaysia ke Amerika pulaTelur muncul barangan runcit yang mencatatkan peningkatan harga tertinggi di Amerika Syarikat (AS) pada Disember 2022 sebanyak 59 pera­tus, demikian menurut portal berita TRT kelmarin.

Telur juga merupakan antara makanan paling popular sama ada direbus, dimasak hancur atau dimakan mentah. Bagaimana­pun, harganya mencecah paras tertinggi ketika negara berkenaan mengalami kenaikan kadar inflasi.

Menurut Jabatan Pertanian AS yang memantau prospek kos makanan, harga telur melambung 59 peratus pada Disember 2022 sekali gus kenaikan tahun ke tahun tertinggi dalam kalangan produk makanan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Krisis bekalan telur merebak dari Malaysia ke Amerika pula

Harga purata untuk paket 12 biji telur di bandar-bandar AS mencecah AS$4.25 (RM18.10), meningkat AS$1.78 (RM7.58) berbanding tahun sebelumnya.

Telur merupakan hidangan mudah dimasak, sarat dengan protein dan membekalkan banyak vitamin harian yang diperlukan untuk kehidupan sihat sekali gus menjadikannya makanan atau ramuan popular.

Lembaga Telur AS menyalahkan kenaikan harga telur berpunca daripada wabak selesema burung yang begitu pantas menular berbanding sebelum ini, dengan kadar kematian ternakan ayam dan itik hampir 100 peratus.

Selesema burung muncul antara faktor yang mengakibatkan harga telur melonjak. Wabak selsema burung memberi kesan ketara kepada harga telur pada tahun lalu berbanding 2015, demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

CDC berkata, selesema burung menjejaskan lebih daripada 100 spesies burung di AS dan merebak dengan cepat dengan kadar kematian 90 peratus hingga 100 peratus terhadap ternakan ayam

Sepanjang tahun lalu, kira-kira 43 juta daripada 58 juta ayam yang dihapuskan adalah ayam penelur, manakala penghapusan besar-besaran mengakibatkan bekalan telur di pasaran berkurangan, menyebabkan harganya melambung tinggi.

Walaupun selesema burung menjadi faktor utama di sebalik kenaikan harga telur, tabiat makan pengguna juga mendorong kenaikan mendadak harga barang makanan itu.

Menurut Jabatan Pertanian (USDA), penggunaan telur me­ningkat 17 peratus antara 2012 hingga 2021, malah permintaan untuk telur mengatasi daging merah, manakala penduduk AS didapati makan lebih banyak telur dan kurang makan daging sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkembangan itu menyaksikan lebih banyak keluarga menjadikan telur sebagai sumber protein utama mereka, kata wartawan Los Angeles Times, Sonja Sharp kepada CBS News.

“Setiap orang makan sebanyak mana telur yang boleh dihasilkan oleh seekor ayam betina setahun,” katanya.

Pemilik restoran, Tim Burke memberitahu media tempatan: “Saya boleh katakan bahawa 70 peratus menu kami menggunakan telur sebagai ramuan.”

Inflasi yang meningkat adalah satu lagi punca di sebalik rekod harga telur kerana petani berdepan kos makanan ternakan, bahan api dan buruh yang melambung tinggi.

Jeff Smith yang merupakan pemilik pusat penetasan ayam di Missouri memberitahu The New York Times bahawa pihaknya mengenakan bayaran lebih tinggi kerana kos buruh dan peralatan yang meningkat.

“Salah satu peningkatan kos terbesar adalah kami perlu menaikkan gaji pekerja untuk terus bersaing,” katanya.

BACA:

Hati-hati pakai Mee Kuning jenama ini, status halal tak sah

PMX cadang potong elaun Ahli Parlimen? ini komen penganalisis