KPT sedang rancang pembukaan semula IPT

Oleh MHDAILY

KPT sedang rancang pembukaan semula IPT. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober tahun ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, rancangan itu adalah melalui Pelan Pemulihan IPT (Pemulih IPT) dan langkah tersebut selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos lepas.

Beliau berkata, perkara itu juga telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara pada Khamis.

Baca Artikel Penuh