KPN bidas Jho Low, kalau tak bersalah mengapa takut pulang

Oleh MHDAILY

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low tidak perlu takut untuk kembali ke Malaysia sekiranya dia merasakan dirinya tidak bersalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata: “Kalau betul dia tidak bersalah kenapa takut hendak balik ke kampung halaman?”

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI, mengulas kenyataan Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, bahawa dia hanya meminjam wang 1MDB dan sedia memulangkannya asalkan tidak didakwa.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Abdul Hamid berkata, keputusan untuk tidak mendakwa Jho Low bukan berada di bawah bidang kuasanya.

Katanya, Jho Low perlu berbincang dengan pihak Jabatan Peguam Negara jika dia benar-benar merasakan dirinya tidak bersalah.

“Dia perlu kemukakan permintaannya itu kepada Peguam Negara.”

Terdahulu hari ini, Jho Low menerusi satu dokumentari disiarkan Al Jazeera menegaskan, dia meminjam wang berbilion dolar daripada 1MDB untuk dirinya.

“Saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya melalui satu rakaman perbualan telefon yang diperoleh secara eksklusif oleh stesen penyiaran itu.

Kata Jho Low, wang tersebut dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah di seluruh dunia, karya seni, jet peribadi, kapal layar besar dan arak mahal.

Dokumentari bertajuk ‘Jho Low – Hunt for a Fugitive’ yang berdurasi satu jam itu dimulakan dengan panggilan telefon antara Jho Low dan kerajaan Malaysia antara Mei hingga November 2018.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-tidak-bersalah-kenapa-takut-pulang-soal-kpn-kepada-jho-low-268759