Kes bapa tikam bayi dipenjara 10 tahun

Oleh MHDAILY

Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang bapa kerana menikam perut anak perempuannya yang berusia 20 bulan dengan sebilah pisau berukuran 13 inci sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Safwan Shafie, 27, selepas dia mengaku bersalah cuba membunuh anaknya dengan cara menikam mangsa sehingga mengakibatkan luka sepanjang 5 sentimeter (cm) di bahagian perut.

Mahkamah memerintahkan tertuduh, yang merupakan pekerja kedai aksesori kereta, menjalani hukuman penjara itu bermula pada 12 Dis lepas.

Baca Artikel Penuh