Kertas siasatan kes MB Kedah dirujuk ke pejabat pendakwa

Oleh MHDAILY

Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor(gambar) berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di sini baru-baru ini, telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu arahan daripada PPN untuk tindakan seterusnya.

“Kertas siasatan itu sebelum ini dihantar ke Bukit Aman dan telah dikembalikan kepada kami untuk diserahkan kepada PPN bagi tindakan selanjutnya. Memang kena hantar ke Bukit Aman terlebih dahulu kerana ia melibatkan penjawat awam (menteri besar).

Baca Artikel Penuh