Kerja jual ikan tapi boleh ‘tackle’ makwe Russia cantik

Kerja jual ikan tapi boleh tackle makwe Russia cantik

Kerja jual ikan tapi boleh ‘tackle’ makwe Russia cantik. Kisah seorang penjual ikan dari Indonesia yang berkahwin dengan wanita berkulit putih dari Russia tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Wolipop.

Pasangan itu tular setelah memuat naik video perkahwinan mereka di laman YouTube.

Anjar Hari Riswanto yang bekerja sebagai penjual ikan di Rembang, Jawa Tengah telah berkahwin dengan Zukofa Veronica atau lebih dikenali sebagai Nika dari bandar St. Petersburg, Russia.

Pasangan itu dikatakan bertemu di Facebook pada 2016. Mereka kemudian bercinta sebelum akhirnya berkahwin pada tahun ini.

Nika kali pertama mengunjungi Indonesia pada 2020 dan dikatakan jatuh cinta dengan kepelbagaian makanan istimewa di negara itu.

Kerja jual ikan tapi boleh 'tackle' makwe Russia cantik

“Saya suka nasi dengan tauhu. Sedap boleh makan banyak dengan bakwan dan tempe. Saya juga suka soto banjar,” katanya.

Wanita itu juga gembira kerana dapat mempelajari banyak bahasa dan salah satunya ialah bahasa Jawa.

Anjar berkahwin dengan Nika pada 24 Julai lalu. Pasangan itu kemudian tinggal di rumah sewa dengan tiga bilik tidur.

Video yang dimuat naik pasangan itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga kamu berdua sentiasa sihat selalu,” kata seorang netizen.

BACA:

Tular tulisan doktor lelaki cantik dan kemas atas kertas preskripsi

Syamel kena bebel dengan Ernie Zakri masa sidai baju buat netizen tergelak

Pemandu menang kes tuntutan jalan berlubang terhadap MPKJ, diarah bayar RM2980

CATEGORIES