Keperluan kerajaan yang stabil, kukuh dipandang serius oleh Umno – Zahid

Oleh MHDAILY

UMNO menyokong penuh pandangan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pandangan tersebut jelas menzahirkan kebijaksanaan dan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu terhadap segala keresahan serta kegelisahan rakyat terhadap pelbagai krisis yang sedang melanda negara ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau menghargai kecaknaan Seri Paduka Baginda yang mengambil kira segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi menghadap pada 11 Jun lalu.

Baca Artikel Penuh