Keluar kerajaan : ‘Perkembangan semasa’ bakal tentukan keputusan MKT

Oleh MHDAILY

Keluar kerajaan : ‘Perkembangan semasa’ bakal tentukan keputusan MKT. Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak melangkaui kuasa jika memutuskan parti itu akan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, tanpa menunggu untuk Parlimen bubar bagi mengadakan PRU15, kata dua ahli MKT.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata apa juga tarikh yang ditentukan MKT untuk Umno keluar kerajaan PN, harus diselaraskan dengan usul Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.

Dua pemimpin Umno itu memberitahu FMT bahawa MKT yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti, mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan demi kepentingan parti, “berdasarkan perkembangan semasa,” khususnya “dalam masa ketiadaan PAU.”

Keluar kerajaan

Baca Artikel Penuh