Kelonggaran kepada individu lengkap vaksin diumum esok atau lusa – Muhyiddin

Oleh MHDAILY

Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada penerima lengkap dua dos vaksin sama ada pada esok atau lusa bagi memberi keselesaan kepada rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa kelonggaran telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum dimuktamadkan tidak lama lagi.

Katanya, antara kelonggaran yang dipertimbang MKN termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah bagi berjumpa ahli keluarga, makan di premis serta menjalani aktiviti sukan atau sosial tertentu.

Baca Artikel Penuh