Kecoh nenek sambung belajar pada umur pencen, sekali bila baca komen undang dekah netizen

Kecoh nenek sambung belajar pada umur pencen, sekali bila baca komen undang dekah netizen.

Menimba ilmu ini tidak kira dari segi usia mahupun agama. Jika anda mahu memahaminya harus belajar terlebih dahulu betul tak?

Baru-baru ini, tular apabila seorang warga emas mengambil ijazah sarjana muda pada usia 64 tahun telah mendapat perhatian ramai apabila ada sesetengah netizen yang memberikan pelbagai komen.

Kecoh nenek sambung belajar pada umur pencen, sekali bila baca komen undang dekah netizen

Lihat posting itu di bawah:

Kesal lihat komen netizen yang ‘cetek akal’

Menerusi posting yang dikongsikan oleh individu tersebut, kelihatan dia meluahkan rasa kesalnya selepas membaca komen-komen netizen.

Image

“Kisah seorang wanita 64 tahun sambung belajar. Tapi yang hairan, ramai pula yang sakit hati. Kononnya belajar di usia tua tiada guna, lebih baik tumpu akhirat”

“Ilmu Allah swt itu luas. Jangan sempitkan akal. Wanita ini tuntut ilmu dunia, mana anda tahu dia abaikan ilmu agama?,” tulisnya.

Menurut sumber, wanita yang bernama Ku Meriam Ku Hussain itu mengikuti pelajaran peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan (major dalam Organisasi) di Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia dalam mod Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Dia sekaligus ingin memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa ijazah hanya untuk golongan muda. Malah, dia menempuhi perjalanan selama 45 minit, wanita itu tidak sunyi dengan kehadiran anaknya, Nurul Huda Sarkadi.

“Yang komen hentam mak cik tu, dorang semua tu AJK syurga ke?” – Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut menghentam komen yang dilemparkan sesetengah orang pada posting tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 6,180 retweets, 1,722 quotes tweets dan 13.1K likes di Twitter.

BACA:

Muhyiddin bakal letak jawatan Presiden PPBM, akur dengan keputusan MPT

“Aku dinaikkan pangkat, sibuk dengan outstation, sekali bini aku mengaku dia ada buat ‘something’ dengan boss masa OT”