Johor, Perak kekal dapat sokongan Adun Bersatu, Pas

Oleh MHDAILY

Johor, Perak kekal dapat sokongan Adun Bersatu, Pas. Bersatu Johor hari ini menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Johor, yang dipimpin Umno susulan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin dan jemaah menterinya.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersatu Johor Dr Sahruddin Jamal berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Adun Bersatu.

“Setakat ini, insya-Allah kekal. Bersatu Johor masih menyokong kerajaan negeri sehinggalah ada arahan selanjutnya dari pucuk pimpinan parti,” kata Adun Bukit Kepong secara ringkas ketika dihubungi menerusi Whatsapp, di sini, hari ini.

Baca Artikel Penuh