Jemur kain lap putih disangka kibar bendera, jiran mula tanya khabar

Oleh MHDAILY

Perkongsian seorang wanita dikunjungi jiran selepas kira-kira 40 minit menjemur kain lap berwarna putih mencuit hati netizen hari ini yang menyifatkan peristiwa itu mencerminkan kejayaan kempen bendera putih.

Pemilik akaun Facebook bernama Annie Sait, 33, dari Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, pada mulanya dia menyangka suara perempuan memberi salam di hadapan tingkap rumahnya adalah penghantar barang.

“Sekali dia tanya kakak ‘okey’ ke? Adakah perlu apa-apa bantuan? Pada mulanya saya bingung juga mengapa dia tanya begitu. Selepas itu dia cerita kempen bendera putih.

Baca Artikel Penuh