“Jangan sesekali dijolok sarang tebuan” – Hadi

Jangan sesekali dijolok sarang tebuan Hadi

“Jangan sesekali dijolok sarang tebuan” – Hadi. KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

HORMATI KELUHURAN UNDANG-UNDANG, PELIHARA KETENTERAMAN AWAM

1. PAS menyeru semua pihak menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan pada PRU-15 yang berlangsung secara harmoni.

2. Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

3. Justeru PAS menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

"Jangan sesekali dijolok sarang tebuan" - Hadi

4. PAS menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara dan seterusnya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.

“MALAYSIA SEJAHTERA”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 27 Rabi’ul Akhir 1444 / 22 November 2022

Bil: 7 / 2022

"Jangan sesekali dijolok sarang tebuan" - Hadi

BACA:

Senarai Exco Kerajaan Perak – DAP 4, Umno 3

Ismail Sabri sahkan tidak sign SD sokong Muhyiddin atau Anwar

Pimpinan PH dan BN bertemu lagi pagi ini ‘finalize’ SD bersama

CATEGORIES