Ini 5 makanan yang anda perlu elak, yang ‘last’ paling susah nak tinggal boleh buat buah pinggang rosak

DI zaman serba moden ini bukan mereka yang tua sahaja ada penyakita kronik tapi mereka yang muda belia juga senang terkena penyakit dek kerana tidak menjaga pemakanan.

Bukan senang untuk menjaga pemakanan disebabkan banyak cabaran dan godaan apabila melihat makanan sedap lalu di media sosial.

Ini adalah lima makanan yang menjadi punca buah pinggang rosak menurut akaun Tiktok @djuemedicofficial.

Ini 5 makanan yang anda perlu elak, yang ‘last’ paling susah nak tinggal boleh buat buah pinggang rosak

1. Air manis/ Air bikarbonat

Air bikarbonat mempunyai kandungan gula dan sodium dan tinggi. Air gas boleh bertindak mengeringkan tubuh badan manusia untuk jangka masa lama.

Menurut sumber, jika mengambil ais bikarbonat selama 2 minggu berturut-turut juga akan menyebabkan risiko terkena kencing manis.

2. Makanan segera/ snek/ jajan

Ibu bapa sering memberikan anak mereka makanan ini sebagai sogokan, namun jangan lakukan ia selalu kerana ini adalah makanan yang tidak menyihatkan.

Malah makanan segera seperti produk sejuk beku boleh menyebabkan kegemukan pada badan.

3. Makanan yang berwarna-warni

Walaupun nampak cantik di mata, makan berwarna-warni selalunya menggunakan artificial colour dan bukan pewarna semulajadi.

Bahan pewarna, bahan pengawet dan bahan perasa boleh menyebabkan tubuh mudah berasid serta boleh melemahkan sistem imun tubuh badan.

4. Makanan tinggi perasa dan masin
Pengambilan makanan yang tinggi perasa dan garam berpotensi mempercepatkan pembentukan batu buah pinggang.

5. Mee segera
Elakkan makan mee segera tiga kali secara berturut-turut dalam seminggu kerana kandungan sodiuam atau natrium yang lebih.

Selalunya perasa dan garam berada dalam paket perasa, jadi jika teringin sangat nak makan, guna hanya separuh perasa yang disediakan.

Baca juga:Pakcik nekad berpanas terik jual kereta demi sesuap nasi untuk makan buat ramai sebak