Ini 5 ‘dash cam’ yang murah dan berkualiti sesuai untuk kereta anda

Ini 5 dash cam yang murah dan berkualiti sesuai untuk kereta anda

Ini 5 ‘dash cam’ yang murah dan berkualiti sesuai untuk kereta anda. Dash cam berkualiti boleh dikatakan aksesori wajib bagi semua pemilik kereta untuk merakam sesuatu kemalangan atau kejadian. Sebuah dash cam mungkin tidak akan menyelamatkan kereta anda daripada kemalangan tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menjadi bukti.

Terdapat sejumlah jenama dash cam kereta dengan penawaran harga berpatutan di luar sana. Berikut merupakan lima model dash cam berkualiti yang anda wajib beli untuk rakaman jelas.

1. 70mai M300 Car Dash Cam

Jenama 70mai sedia menampilkan sebuah model dash cam yang padu pada harga marhaen. Model ini menampilkan rakaman resolusi yang lebih tinggi dari 1080P dengan keluasan fov 140° yang dapat memastikan visual untuk ketiga-tiga laluan jalan raya dapat dirakam dengan jelas.

Selain itu, terdapat ciri Parking Mode yang akan diaktifkan sekiranya kereta anda dilanggar dan rakaman akan dimulakan secara automatik. Menerusi mod yang sama, hadir dengan time-lapse yang boleh merakam video secara berterusan untuk sepanjang malam dan boleh dimainkan semula pada keesokan harinya.

Ini 5 'dash cam' yang murah dan berkualiti sesuai untuk kereta anda

Kini anda boleh mendapatkan dash cam keluaran 70mai pada harga serendah RM175 sahaja di Shopee.

2. HP F560X Dash Cam

Dash cam ini dilengkapi dengan sensor Sony IMX307 Starvis yang menjadikan gambar dan video boleh dirakam dengan lebih jelas dan terang. Malah, terdapat sokongan WiFi dan aplikasi tersendiri yang membolehkan anda untuk menyimpan atau melihat fail rakaman dari dash cam itu dengan mudah.

Selain itu, model ini didatangi dengan ciri Advance Drive Assistance System (ADAS) termasuk sistem GPS dan juga Front Collision Warning. Seperti model di atas, ia hadir dengan ciri Parking Mode yang mampu merakam video time-lapse untuk tempoh yang lebih panjang.

Anda boleh dapatkan HP F560X Dash Cam dengan harga RM299 melalui Shopee.

3. DDPai Dash Cam Mini 5

Seterusnya, DDPai Mini 5 merupakan sebuah dash cam kompak yang menawarkan rakaman video beresolusi 4K pada 30fps. Di samping itu, dengan penggunaan sensor Sony IMX juga bakal memastikan kualiti video dan gambar dengan jelas walaupun dalam keadaan gelap atau kurang cahaya.

Malah, DDPai Mini 5 ini juga hadir dengan ciri GPS untuk pengesanan kelajuan serta lokasi dan sokongan WiFi bagi memudahkan anda untuk memuat turun kesemua rakaman ke dalam telefon. Sistem ADAS juga mempunyai paparan visual bagi membantu pemandu untuk memahami keadaan jalan dengan lebih baik.

Dash cam keluaran DDPAI ini boleh didapatkan pada harga RM599 menerusi Shopee.

4. VIOFO A129 Pro Dash Cam

Selain menawarkan kamera aksi, VIOFO juga tampil membawakan sebuah model dash cam premium yang mampu menawarkan rakaman video resolusi berdefinisi tinggi 4K. Di samping itu, A129 ini tampil dengan ciri penjejak GPS yang boleh menawarkan sejumlah maklumat lebih terperinci pada video yang dirakam.

Sokongan sambungan WiFi menggunakan aplikasi VIOFO membolehkan anda memuat turun rakamant terus ke telefon untuk dikongsi atau disunting. Menariknya, anda boleh mengawal dash cam ini dengan menggunakan bluetooth pada peranti sahaja.

Kini anda boleh dapatkan VIOFO A129 Pro Dash Cam ini pada harga RM748 menerusi Shopee.

5. BLACKVUE DR900X-2CH PLUS 4K UHD

Akhir sekali, anda boleh mendapatkan sebuah dash cam berkualiti yang ditawarkan oleh jenama BLACKVUE. Model dash cam ini mempunyai kamera hadapan dan belakang yang mampu merakam video pada resolusi terbaik dengan keluasan fov yang lebih luas.

Ditambah pula sistem cloud yang disediakan bakal memudahkan anda menyimpan video penting secara automatik. Di samping itu, terdapat ciri pengesan pergerakan yang mampu mengesan visual sesuatu kereta atau objek yang melalui berdekatan kenderaan anda.

Anda boleh dapatkan dash cam premium ini dengan harga mencecah RM2,699 melalui Shopee.

Berdasarkan penyenaraian model di atas, 70mai M300 sudah memadai untuk kegunaan seharian kerana menawarkan visual video yang baik serta sejumlah ciri menarik menerusinya. Malah, harga yang ditawarkan juga sangatlah berpatutan dan paling utama sekali kualiti terjamin kerana datang dari jenama terkemuka.

Diharapkan dengan senarai terbaharu dash cam ini dapat memudahkan anda membuat pembelian untuk kereta yang digunakan. Dash cam pada hari ini sangat penting kerana kehadiran jumlah kenderaan di jalan raya pada saban hari sekaligus anda perlu mempunyai rakaman sebagai bukti sekiranya berlaku kemalangan.

BACA:

Iphone 14 tak dapat sambutan, Apple terpaksa kurang 6 juta unit

Kajian dedah umur rakyat Malaysia makin pendek, ini yang berlaku

Berebut kerusi dalam train, warga Singapura jerit ‘balik Malaysia lah!’

CATEGORIES