Hina Bible : Akhirnya Ulama Pas mohon maaf kepada orang Kristian

Ahli Parlimen PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, hari ini memohon maaf atas kenyataan tentang kitab Injil yang diikuti penganut Kristian, malah menjelaskan niat di sebalik kenyataan itu.

Wakil rakyat Pasir Puteh itu memohon maaf sekiranya kenyataan beliau mengatakan kitab Injil sudah “dipesongkan ataupun diubah” menggores perasaan, mengatakan tidak berniat menghina mana-mana agama.

“Niat saya adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Zawawi ketika perbahasan rang undang-undang untuk mengusulkan denda lebih berat kepada pesalah yang memandu bawah pengaruh alkohol, mendakwa kitab Injil sudah “dipesongkan ataupun diubah”.

Kenyataan itu mengundang bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST), dan ahli politik dari Sabah dan Sarawak.

 

Artikel penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/03/ahli-parlimen-pas-minta-maaf-niat-hendak-pertahan-kitab-injil-asal